Monday 7 January 2013

bab 1 tingkatan lima

MULTIMEDIA


Multimedia iaitu persembahan mklumat yang menggabungkan elemen teks,grafik,audio,video dan animasi.
PENGGUNAAN MULTIMEDIA DALAM PELBAGAI BIDANG
1. Sumber rujukan - cth: eksiklopedia elektronik
2. Pendidikan dan latihan : cth perisian pendidikan seperti CD Sesame Street, Put-put save the Zoo ( konsep edutainment - education in entertaiment - belajar sambil bermain )
3. Hiburan - cth: permainan komputer
4. Kajian sainstifik
5. Perniagaan - katalog CDROM multimedia - iklan produk, kiosk maklumat perniagaan
6. Seni - penghasilan animasi seperti Upin dan Ipin
7. Perubatan - cth: Virtual Surgery
8. Kejuruteraan - cthnya: menggunakan perisian CAD seperti Autocad (computer aided design) dan CAM (penggunaan komputer dalam pembuatan) untuk membina rekabentuk produk

JENIS INTERAKTIVITI MULTIMEDIA

Interaktif merujuk bagaimana pengguna mengawal perjalanan isi kandungan multimedia
1. Multimedia Liner -Juga disebut multimedia tidak intreaktif -

pengguna tidak dapat mengawal isi kandungan multimedia kerana ia tiak interaktif. contohnya siaran TV, Radio dan filem
2. Multimedia tak linear - Juga disebut multimeida interaktif

pengguna boleh mengawal keseluruhan produk multimedia.Pengguna bebas pergi ke mana-mana bahagian yang dia suka kerana terdapatnya ciri interaktif iaitu dengan mengklik butang navigasi, hyperteks atau hypermedia.
Contoh multimedia tak linear seperti perisian kursus pendidikan, permainan komputer, Buku elektronik dan eksiklopedia elektronik.

MEDIUM PENGEDARAN / PENERBITAN

Produk multimedia diterbitkan dalam bentuk CD dan berasaskan web (diupload ke internet)
- Saiz imej kecil dan resolusi video rendah
- Kandungan boleh diubahsuai, dirosakkan atau dihapuskan oleh individu
- Maklumat boleh dikemaskini dan berkos murah
2. Multimedia berasaskan CD
- Boleh simpan fail imej dan video berkualiti tinggi kerana saiz storan besar
- Kandungan kekal dan tidak boleh diubah
- Maklumat mudah ketinggalan zaman

ELEMEN MULTIMEDIA

1. Teks - elemen asas multimedia. Teks boleh ditukar atributnya seperti boleh ditukar jenis font,warna,saiz, gaya. Contoh perisian memproses teks seperti Microsof Word dan Notepad. Cth fail *.txt, *.doc, *.rtf
2. Grafik- ada dua jenis grafik iaitu bipmap dan vektor.
grafik bitmap (paint graphic) adalah imej nyata /rela image diambil dibina daripada kamera digital dan pengimbas. grafik bitmap adalah dalam bentuk titik-titik yang disebut piksel. lagi banyak pixel lagi tajam imej grafik. Namun kelemahannya apabila diperbesarkan imej akan pecah. Contoh perisian grafik seperti Micrisof Paint, Adobe Photoshop dan Adobe Illustartor. Cotoh fail ialah *.BMP, *.PSD, *,JPEG, *.TIFF, *.PNG, *,GIF
grafik vektor pula berbentuk lukisan komputer. memerlukan memori yang sedikit (saiz fail kecil) kelebihannya walau diperbesar beberapa kali kualiti imej kekal dan tidak pecah. Adobe Illustrator dan Adobe Flash contoh perisian yang boleh membina grafik vektor.
3. Audio - iaitu bunyi merangkumi kesan bunyi, ucapan, muzik atau narrator(penceritaan)
4. Video - pergerakan penuh gambar yg disusun secara bersiri.
5. Animasi - gambar statik digerakkan. biasanya lukisan.
PERKAKASAN MENERBITKAN PRODUK MULTIMEDIA
1. Pengimbas/scanner
2. Kamera video digital
3. Kamera digital (still photo)
4. Peranti audio - mikrofon, keyboard,kad audio
5. Peranti penangkap video seperti kad penangkap video(videp capture card), firewaire dan USB cable

PERISIAN PEMBANGUN MULTIMEDIA

1.Pembangun teks - Notepad, Word, Open Office Writer
2. Editor grafik - Microsof Paint, Adobe Photoshop, Corel Draw
3. Editor audio - Sound Forge, Adobe Audition
4. Editor video - Pinacle sturido, Adobe Premeir, Ulead video Studio
5. editor animasi - Adobe Flash, Magic Morph, Asymetric 3Dfx

KONSEP PERISIAN PENGARANGAN

1. Perisian pengarangan berasaskan ikon - contoh Macromedia Authorware

menggunakan konsep rangka berstruktur.
2. Perisian pengarangan berasaskan masa - Contoh Macromedia Director, Macromedia Flash

menggunakan kerangka masa.
3. Perisian pengarangan berasaskan kad - Contoh Toolbook Asistant , Scala Multimedia 200

menggunakan konsep seperti muka surat buku. selak satu satu.

ALAT PENGARANGAN MULTIMEDIA BERASASKAN WEB

1. Berasaskan teks

- guna editor teks seperti Notepad
- kena tahu dan hafal tag html,kod dan macam-macam script
- kena mahir pengaturcaraan web
- Tak nampak hasilnya serta merta. kena save file dan buka pelayar web dulu seperti Mozila

2. Berasakan WYSIWYG 
- Menggunakan perisian seperti Microsof Frontpage, macromedia Dreamweaver, Claris Office dll
- Tak pandai HTML atau pengaturcaraan boleh bangunkan produk multimeida
- hasilnya boleh nampak semasa produk dibangunkan. Apa yang ditaip atau sebarang elemen multimeida yang dimasukkan pada editor WYSIWYG, itulah yang akan keluar pada pelayar web.

PRINSIP ANTARA MUKA PENGGUNA

1. Konsisten
2. Jelas
3. Konteks
4. Navigasi
5. Pencarian-search
6. Personal
7. Boleh belajar
8. Fleksibel

PASUKAN PEMBANGUN PRODUK MULTIMEDIA


1. Pengurus projek -

tentukan skop projek, cari duit,buat pinjaman, cari sumber manusia, cari peralatan dan sediakan fasiliti. Menyelaras pasukan seperti menentukan tugas setiap ahli dalam pasukan. Pengurus projek juga bincang dengan pelanggan untuk menentukan produk bagaimana yang pelanggan mahu.

2. Pakar isi kandungan -

menyediakan isi kandungan perisian. cthnya katakan ingin membina multimedia mengenai hidupan laut, pakar isi kandungan kena buat kajian untuk dapatkan maklumat seperti membaca buku, mencari di perpustakaan atau maklumat di internet

3. Pembangun rekabentuk -

buat storyboard, tentukan strategi membina produk.

4. Artis grafik -

menyediakan grafik yang diperlukan seperti gambar latarbelakang, ikon,butang,koleksi foto, gambar 3D, logo, animasi

5. Juruteknik audio dan video -

merakam audio dan video dan buat proses editing. merakam sound effect. merakam suara narrator atau pencerita

6. Pengaturcara / Pengarang -

membina produk multimedia dengan menulis kod aturcara menggunakan perisian pengarangan seperti Adobe Flash, Authorware atau Toolbook Asistant. Pengaturcara menggabungkan semua elemen multimedia yang digunakan dengan berpandukan arahan storyboard.

FASA PEMBANGUNAN MULTIMEDIA

dibahagikan kepada 3 iaitu sebelum produksi, semasa produksi dan selepas produksi.
1. Fasa analisis - menentukan tajuk dan skop projek. Buat peta konsep. Menemuramah pelanggan untuk menentukan keperluan. Persembahan yang bagaimana pelanggan mahu.
2. Fasa rekabentuk - membuat storyboard dan papan cerita. termasuk dalam fasa ini menyediakan semua source file untuk grafik,audio dan video. Menyediakan antaramuka pengguna atau gambar latar, ikon, butang-butang navigasi , grafik animasi juga adalah dalam fasa rekabentuk.
3. Fasa implementasi - juru pengaturcara mula menggunakan perisian pengarangan seperti Authorware, Flash atau Toolbook untuk memasukkan dan menyusun semua elemen-elemen multimedia yang dinyatakan dalam storyboard. Sebab itu sebelum mula mengarang, storyboard perlu dinilai adakah sudah bertepatan dengan kehendak pelanggan.
4. Fasa pengujian - Prototaip yang sudah siap perlu diuji. Adakah semua butang-butang navigasi berfungsi. Adakah sebarang ralat. Jika program tidak stabil perlu dibetulkan dalam fasa ini.
5. Fasa penilaian - Selepas prototaip stabil, produk multimedia diuji pula oleh kumpulan sasaran. Contohnya jika produk multimedia untuk pelajar sekolah, pilih 5 atau 6 orang pelajar untuk menguji produk tersebut. Adakah mereka suka atau tidak atau sesuai tak isi kandungan atau antaramuka penggunanya kepada mereka. Untuk itu satu borang penilaian akan disediakan untuk diisi oleh penguji multimedia ini. Jika ada yang tidak sesuai, pasukan pembangun produk multimedia perlu membetulkannya semula.
6. Fasa pengedaran - Jika produk dibangunkan menepati kualiti, maka produk itu bolehlah dibuat edaran. Jika berasaskan CD, edarkan dalam bentuk CD dan jika berasaskan web, perlulah diupload atau dimuat naik ke webhosting bagi membolehkan ia dilayari di internet

contoh soalan ict chapter 3

3.0 COMPUTER NETWORKS AND COMMUNICATIONS


3.1 Basic Concepts of Computer Networks and Communications

3.1.1 Definition

         3.1.1.1 Define computer networks.
         3.1.1.2 Define communications.

3.1.2 Importance of Computer Network
         3.1.2.1State the importance of computer networks and communications.

3.1.3 Types of Networks

             3.1.3.1 Define types of computer networks:
                         • Local Area Network (LAN)
                         • Metropolitan Area Network (MAN)
                         • Wide Area Network (WAN)
            3.1.3.2 Differentiate between the three types of computer networks.

3.1.4 Network Architecture
         3.1.4.1 Define two types of network architecture:

                          • Client/Server
                          • Peer-to-Peer


3.1.5 Network Topology

          3.1.5.1 State three types of network topologies:
                   • bus
                   • ring
                   • star
          3.1.5.2 Differentiate between the three types of network topology.



3.1.6 Protocol
       3.1.6.1 Define Transmission Control Protocol/Internet Protocol (TCP/IP) as a protocol to facilitate
                   communication over computer network.

3.1.7 Internet, Intranet, Extranet
       3.1.7.1 Describe the types of network communications technology:
                   • Internet
                   • Intranet
                   • Extranet


3.2 Hardware Requirements

3.2.1 Devices

       3.2.1.1 Identify the devices needed in computer network communication :
              • Network Interface Card (NIC)
              • Wireless Network Interface Card
              • Modem (internal and external)
              • Hub / Switch
              • Router
              • Wireless Access Point
       3.2.1.2  State the functions of the following:
              • Network Interface Card (NIC)
              • Wireless Network Interface Card
              • Modem (internal and external)
              • Hub / Switch
              • Router
              • Wireless Access Point


3.2.2 Medium

         3.2.2.1 Identify various types of cables such as Unshielded Twisted Pair (UTP), Shielded Twisted  
                     Pair  (STP), Coaxial and Fibre Optic Cable.


         3.2.2.2 Identify various types of wireless transmission media such as infrared, radio wave and satellite.


3.3 Software Requirements

         3.3.1 Server Software
                  3.3.1.1 Define Network Operating System.

                  3.3.1.2 Name various Network Operating System Software.

3.3.2 Client Software
                 3.3.2.1 State the functions of various client software.


3.4 Setting Network Facilities




3.4.1 Installation of Network Interface Cards (NIC)



         3.4.1.1 Insert network interface cards (NIC).

         3.4.1.2Install drivers for the NIC.



3.4.2 Cable Crimping and Testing
          3.4.2.1Crimp and test UTP cable
        • Straight cable
        • Crossed cable

        3.4.2.2 Create awareness of the correct way when
                    crimping a cable.

3.4.3 Configuration and Testing of Network

3.4.3.1 Configure the workstation to join a Local Area Network :

• Internet Protocol (IP) Address

• Subnet Mask

• Server name


3.4.3.2 Test the network connection.


3.4.4 Share Data

3.4.4.1 Create a shared folder.

3.5.1 Latest Development In Network  and Communications
         3.5.1.1 Describe
           • Mobile Computing (specifications, services, frequencies)
           • Internet Technology and Services (VOIP, BLOG)
           • Types of network (examples: PAN, VPN, WLAN, WIMAX)


KEPENTINGAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI [ICT]

Dalam era ledakan maklumat ini, teknologi maklumat dan komunikasi atau ICT amat penting. Teknologi ini sudah menguasai global ini dengan berleluasa. Hampir setiap saat orang menggunakan teknologi ini dan dengan teknologi jugalah menyebabkan kita boleh menguasai dan mengawal hampir setiap perkara di hujung jari sahaja.  Negara yang tidak mengutamakan ICT akan ketinggalan dalam arus pembangunan atau umpama katak di bawah tempurung. Kemajuan ICT ini telah mendatangkan banyak manfaat kepada individu, masyarakat dan negara.

Sesuatu perkara yang dicipta atau diwujudkan tentu sekali mendatangkan kebaikan serta keburukan. Perkara yang baik tentu sekali lebih mendatangkan faedah atau kepentingan kepada pengguna. Begitu jugalah dengan ICT. Kemajuan ICT telah menyumbang dalam meningkatkan pengurusan dan pentadbiran negara ke arah lebih sistematik dan teratur.  Segala urusan baik kerajaan mahupun swasta dapat dipercepat melalui kemajuan ICT. Keadaan ini bukan sahaja menjimatkan masa, bahkan tenaga, dan wang kerajaan serta rakyat sendiri. Kegunaan ICT sememangnya cukup mendewasakan Malaysia.  Pentadbiran negara dan swasta menjadi lebih cepat dan cekap. Dengan itu, Malaysia akan lebih cepat mencapai wawasannya dan mencipta nama di persada dunia ini. Sebagai analoginya, kerja pengurusan dokumen, permohonan dan sebagainya menjadi tepat dan cekap.  Dengan adanya ICT, data dapat diproses dan disimpan dengan segera tanpa membuang masa. Urusan kewangan melalui mesin teler automatik (ATM) dan Internet membolehkan kita menguruskan wang kita di seluruh dunia dengan mudah dan lancar.  
Satelit
Jika ditinjau secara lebih mendalam lagi, ICT bukan sahaja membantu dalam pentadbiran dan pengurusan negara, malah ICT penting dalam ramalan cuaca dan panduan pelayaran. Jika dahulu, pelayar merujuk kepada kedudukan bintang di langit untuk dijadikan sebagai “kompas” semasa belayar.  Jika dahulu ada yang merujuk  keadaan langit dan awan untuk meramal cuaca ataupun mempercayai ramalan ahli nujum. Sekarang, dengan adanya satelit cuaca, fenomena alam dapat diramal dengan lebih tepat serta terperinci. Melalui satelit cuaca ini, siri gambar awan dapat diambil dan seterusnya kita dapat meramalkan keadaan cuaca dunia. Persediaan awal dapat kita buat untuk mengelakkan berlakunya kerugian harta benda dan pengorbanan nyawa.  Banjir, ribut taufan, tsunami, dan gempa bumi adalah antara contoh fenomena alam yang tidak dapat tidak kita sebagai manusia perlu untuk mengawalnya dengan membuat persediaan rapi kerana kita perlu sediakan payung sebelum hujan. Dengan ramalan fenomena El Nino dan La Nina yang tepat itu, kita dapat membuat persediaan awal. Sebagai contohnya, sistem satelit aeronautik (USA) dapat menghubungi kapal terbang yang melintasi Lautan Atlantik dan Pasifik.  Teknologi komunikasi pelayaran juga penting dalam sistem pengangkutan udara dan laut. Teknologi ini berfungsi sebagai panduan pelayaran. Sistem Satelit Laut (IMMARISAT) dapat mengesan kapal-kapal yang menghadapi masalah di samping berfungsi sebagai panduan.
Hubungan Antarabangsa
Sudah terang lagi bersuluh bahawa ICT memainkan peranan yang penting kepada dunia. Hal ini dapat dibuktikan apabila ICT mempercepat hubungan antarabangsa. Dunia seakan-akan menjadi semakin kecil dengan wujudnya ICT. Kita dapat menghubungi sesiapa sahaja di seluruh dunia. Perkara ini ternyata sekali mengukuhkan ungkapan Dunia Tanpa Sempadan.  Kita dapat berhubung dengan sesiapa sahaja sama ada di laman sembang, e-mail, sistem pesanan ringkas (SMS), Skype dan sebagainya. Kita juga dapat menghubungi sesiapa sahaja di seluruh dunia dengan menggunakan telefon bimbit. 
Bukan itu sahaja, perkembangan semasa yang berlaku di seluruh dunia juga dapat diikuti dengan serta-merta  seperti siaran langsung konsert artis popular, perlawanan bola sepak dunia dan siaran berita mutakhir. Acara sukan, persidangan dan sebagainya yang berlangsung di sesebuah negara seperti di Korea di Jepun mahupun di Amerika Syarikat dapat dipancarkan ke seluruh dunia secara langsung.  Siaran ini dapat ditonton melalui Internet dan Astro, telefon, faksimili, televisyen, dan persidangan video bergantung pada ICT untuk membolehkan kita merasai nikmat ini. Internet dan komputer riba turut berfungsi melalui teknologi serba canggih ini. Sememangnya ICT merupakan pembuka laluan yang luas kepada masa depan yang gemilang.
Pembelajaran Berbantukan Komputer
Kewujudan ICT turut membantu dalam sistem pengajaran dan pembelajaran (P&P). Sistem pendidikan di sekolah dimajukan oleh ICT sekali gus mewujudkan sekolah bestari. Pelajar mendapatkan maklumat dari seluruh dunia melalui Internet untuk melakukan kerja atau projek-projek di sekolah.  Pelajar akan belajar mengikut kemampuan mereka serta melahirkan generasi yang celik komputer. Pendidikan di sekolah atau di institusi lebih bercirikan pendidikan jarak jauh. Peluang pendidikan menjadi lebih luas, selain menjimatkan kos. Pelajar pintar dan celik IT tidak disekat oleh faktor kelas dan usia. Hal ini melahirkan lebih ramai cendekiawan.  Fakta ini nyata terbukti apabila ada kanak-kanak yang baru berusia setahun jagung sudah boleh menguasai mata pelajaran Matematik jauh lebih baik daripada pelajar yang sudah menuntut di institusi pengajian tinggi (IPT). Pelajaran di sekolah rendah ataupun pelajaran sekolah menengah dapat dipelajari melalui modul pemelajaran yang disediakan dalam cakera padat-ingatan baca sahaja (CD-ROM) yang telah disediakan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia.

Sehubungan dengan itu, selain membantu dalam sistem pendidikan, ICT juga menjadi penyumbang penting dalam menjaga keamanan dan keselamatan negara. Kes jenayah yang semakin berleluasa di negara Malaysia dapat diatasi dengan bantuan ICT. Televisyen litar tertutup (CCTV) banyak digunakan dan ditempatkan di kawasan-kawasan seperti bank, kasino, lapangan terbang, pangkalan terbang, dan pasar-pasar raya. Sistem CCTV ini ialah penggunaan kamera video untuk menghantar isyarat ke tempat-tempat tertentu. Isyarat yang dihantarnya tidak dihantar secara terbuka, hal ini berbeza sekali dengan televisyen. CCTV ini digunakan untuk mengawas keselamatan sesuatu tempat yang tertentu sahaja. Di samping itu, kegiatan jenayah yang berlaku dapat dikesan dan seterusnya memberkas penjenayah yang terbabit. Dengan bantuan CCTV, akhirnya kanak-kanak yang bernama Nurin ditemui. Kes penculikan kanak-kanak tersebut pernah menggegarkan seluruh Malaysia.  Kejadian ini tentu sekali kes jenayah yang sangat kejam. Walaupun mayat kanak-kanak tersebut ditemui dalam keadaan yang menyayatkan hati, tetapi dengan adanya kamera video dapat merakamkan lokasi beg yang terkandung mayat kanak-kanak tersebut. Dengan CCTV juga, kes disiplin yang berlaku di sekolah dapat dikawal oleh pihak sekolah.

Bertitik tolak dari itu, kita dapat melihat bahawa pembangunan negara bergantung pada kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Langkah kerajaan melancarkan Koridor Raya Multimedia (MSC) sememangnya tepat pada masanya. Sudah tiba masanya untuk negara Malaysia berjaya di peringkat kebangsaan mahupun serantau. MSC memainkan peranan penting untuk menjadi pemangkin kemajuan ICT di Malaysia. Untuk menjayakan harapan ini, semua pihak tidak kira pihak kerajaan ataupun pihak swasta, perlulah berganding bahu bersama-sama rakyat bagai aur dengan tebing, sehati seia  untuk melonjakkan nama negara Malaysia ke pentas dunia.

 

Sunday 6 January 2013

definisi virus komputer dan jenis-jenis

virus komputer dan jenis-jenis

apa itu virus

Virus merupakan sebuah aturcara berparasit yang ditulis dengan tujuan untuk memasuki
komputer tanpa pengetahuan atau kebenaran penggunanya.Ia digunakan kerana virus akan bercantum kepada fail atau sektor boot dan menggandakan dirinya untuk merebakkan jangkitannya. McAfee mendefinisikan virus sebagai sebuah perisian aturcara yang bercantum dengan aturcara lain dalam memori komputer atau cakera dan merebak daripada satu aturcara kepada aturcara yang lain.

 jenis virus biasa

BOOT SECTOR - Menduduki sebahagian daripada bahagian cakera keras atau disket pada bahagian rekod boot utama(MBR).Ia akan mendiamkan dirinya ssehingga ia dihidupkan oleh aturcara tersebut.

PARTITION TABLE - Ia menyerupai virus boot sector tetapi ia menyerang "partition table" cakera keras(ruang simpan maklumat bagaimana cakera keras dicapai) dengan menggerakkan ia ke sektor yang baru dan menggantikan sektor yang ada dengan kod yang dijangkiti virus. Virus akan disebarkan daripada partition table ke boot sector disket jika disket digunakan.

FILE VIRUS - Virus jenis ini adalah virus yang biasa didapati pafa fail-fail. Virus ini akan mencantumkan dirinya kepada fail .exe dan ia akan menghalang fail itu daripada berfungsi. Ia juga mampu mengubahsuai dan merosakkan fail itu bagi memudahkan ia disebarkan sebelum ia dikesan. Antara jenis virus yang dimuatkan dalam kategori ini ialah virus polimorfik(sering berubah) dan virus stealth(tidak meninggalkan kesan).

MULTIPARTITE VIRUS - Ia mempunyai ciri-ciri yang sama dengan virus boot sector dan virus fail. Ia bercantum kepada fail dan mengubahsuai MBR cakera keras. Ia memerlukan pengkodan yang kompleks.Virus jenis ini jarang didapati tetapi ia mampu melakukan tindakan yang menghancurkan

MACRO VIRUS - Virus jenis ini masih baru dan yang pertama muncul pada Julai 1995 di dalam MS WORD.Secara tidak langsung semua fail yang menggunakan aplikasi Word,Excel dan aplikasi lain yang menggunakan makro. Ia boleh menghasilkan jaringan arahan didalam sebuah fail yang menjalakan arahan setiap kali sesuatu kombinasi kekunci itu ditekan.Terdapat juga virus makro yang merosakkan dan memusnahkan fail lain.

TROJAN HORSE - Virus ini tidak mereplikasikan dirinya dengan itu ia sering dianggap bukan virus sepenuhnya tetapi ia masih mampu menghasilkan sebuah kerosakkan yang besar. Ia sering dimuatkan dalam program yang baru atau sah kerana ia sering digunakan oleh pengguna. Apabile ia dihidupkan ia akan memaparkan mesej, menukar data atau memusnahkan banyak fail.

WORMS - Virus ini juga bukanlah virus yang sepenuhnya kerana ia tidak menjangkiti fail lain tetapi ia mereplikasikan dirinya dengan cepat. Setiap kali ia mengeluarkan salinan.Hasilnya ialah penghasilan banyak worm dalam masa yang pendek dan memakan ruang cakera keras. Ia merebak menerusi rangkaian atau emel dan memenuhi ruang storan rangkaian atau simpanan emel.