definisi virus komputer dan jenis-jenis
virus komputer dan jenis-jenis
apa itu virus
Virus merupakan sebuah aturcara berparasit yang ditulis dengan tujuan untuk memasuki
komputer tanpa pengetahuan atau kebenaran penggunanya.Ia digunakan
kerana virus akan bercantum kepada fail atau sektor boot dan
menggandakan dirinya untuk merebakkan jangkitannya. McAfee
mendefinisikan virus sebagai sebuah perisian aturcara yang bercantum
dengan aturcara lain dalam memori komputer atau cakera dan merebak
daripada satu aturcara kepada aturcara yang lain.
jenis virus biasa
BOOT SECTOR - Menduduki sebahagian daripada bahagian cakera keras atau
disket pada bahagian rekod boot utama(MBR).Ia akan mendiamkan dirinya
ssehingga ia dihidupkan oleh aturcara tersebut.
PARTITION
TABLE - Ia menyerupai virus boot sector tetapi ia menyerang "partition
table" cakera keras(ruang simpan maklumat bagaimana cakera keras
dicapai) dengan menggerakkan ia ke sektor yang baru dan menggantikan
sektor yang ada dengan kod yang dijangkiti virus. Virus akan disebarkan
daripada partition table ke boot sector disket jika disket digunakan.
FILE
VIRUS - Virus jenis ini adalah virus yang biasa didapati pafa
fail-fail. Virus ini akan mencantumkan dirinya kepada fail .exe dan ia
akan menghalang fail itu daripada berfungsi. Ia juga mampu mengubahsuai
dan merosakkan fail itu bagi memudahkan ia disebarkan sebelum ia
dikesan. Antara jenis virus yang dimuatkan dalam kategori ini ialah
virus polimorfik(sering berubah) dan virus stealth(tidak meninggalkan
kesan).
MULTIPARTITE
VIRUS - Ia mempunyai ciri-ciri yang sama dengan virus boot sector dan
virus fail. Ia bercantum kepada fail dan mengubahsuai MBR cakera keras.
Ia memerlukan pengkodan yang kompleks.Virus jenis ini jarang didapati
tetapi ia mampu melakukan tindakan yang menghancurkan
MACRO
VIRUS - Virus jenis ini masih baru dan yang pertama muncul pada Julai
1995 di dalam MS WORD.Secara tidak langsung semua fail yang menggunakan
aplikasi Word,Excel dan aplikasi lain yang menggunakan makro. Ia boleh
menghasilkan jaringan arahan didalam sebuah fail yang menjalakan arahan
setiap kali sesuatu kombinasi kekunci itu ditekan.Terdapat juga virus
makro yang merosakkan dan memusnahkan fail lain.
TROJAN
HORSE - Virus ini tidak mereplikasikan dirinya dengan itu ia sering
dianggap bukan virus sepenuhnya tetapi ia masih mampu menghasilkan
sebuah kerosakkan yang besar. Ia sering dimuatkan dalam program yang
baru atau sah kerana ia sering digunakan oleh pengguna. Apabile ia
dihidupkan ia akan memaparkan mesej, menukar data atau memusnahkan
banyak fail.
WORMS
- Virus ini juga bukanlah virus yang sepenuhnya kerana ia tidak
menjangkiti fail lain tetapi ia mereplikasikan dirinya dengan cepat.
Setiap kali ia mengeluarkan salinan.Hasilnya ialah penghasilan banyak
worm dalam masa yang pendek dan memakan ruang cakera keras. Ia merebak
menerusi rangkaian atau emel dan memenuhi ruang storan rangkaian atau
simpanan emel.
No comments:
Post a Comment