Wednesday 18 September 2013

nota ict-programming..

Program iaitu satu siri arahan yang menyuruh komputer melakukan suatu tindakan. Contohnya menyuruh komputer memberikan jawapan bagi hasil tambah dua nombor.

Bahasa pengaturcaraan pula iaitu satu set perkataan, simbol atau kod yang membolehkan manusia berinteraksi dengan komputer.

Bahasa pengaturcaran digunakan untuk membangunkan atau membina sesuatu program atau perisian.

Contoh bahasa pengaturcaraan seperti C, C++,java,COBOL,FORTRAN,PASCAL,BASIC,Visual Basic

GENERASI BAHASA PENGATURCARAAN

Bahasa pengaturcaraan aras rendah menggunakan bahasa mesin. Contohnya kod binary 0 dan 1 adalah bahasa mesin. 1 merujuk ada isyarat elektrik. 0 tiada isyarat elektrik.

Dua generasi bahasa pengturcaraan aras rendah iaitu :

Generasi pertama - guna bahasa mesin. Menggunakan bahasa mesin komputer akan menjadi lebih laju kerana arahan terus diproses oleh komputer.

Generasi kedua - guna Assembly language / bahasa penghimpun
bahasa penghimpun berbentuk tulisan nota manusia yang boleh dibaca untuk mengawal operasi komputer yang tertentu.

bahasa penghimpun menulis arahan menggunakan kod arahan berbentuk simbolik atau singkatan yang bermakna atau mnemonik. contohnya arahan ADD untuk addition, CMP untuk Compare dan MUL untuk multiply

Kemudian Assembler atau penghimpun akan menukar asembly language kepada bahasa mesin sebab komputer hanya faham bahasa mesin sahaja. Bahasa manusia komputer tidak faham.

Bahasa Pengaturcaraan aras tinggi

Bahasa pengaturcaraan generasi ketiga adalah bahasa pengaturcaan aras tinggi yang hampir menyerupai bahasa manusia. Contohnya bahasa pengaturcaraan aras tinggi menggunakan perkataan if, Then, Print,Else,for, Next, End.

Aturcara yang ditulis dengan bahasa pengturcaraan aras tinggi perlu diterjemah ke bahasa mesin oleh compiler (pengkompil) dan interpreter (penterjemah)

Contoh bahasa pengaturcaan aras tinggi seperti
peringkat awal seperti BASIC,LOGO,smallTalk menggunakan bahasa prosedur
C,C++,Pascal,JAVA adalah bahasa generasi seterusnya.

Bahasa generasi keempat - SQL

Bahasa generasi kelima - PROLOG

PENDEKATAN PENGATURCARAAN

1. Pendekatan berstruktur
2. Pendekatan berorientasikan objek


TRANSLATOR /PENTERJEMAH

Assembler - iaitu program komputer yang menterjemah bahasa penghimpun kepada bahasa mesin

Interpreter - iaitu program komputer yang menterjemah bahasa aras tinggi kepada bahasa mesin.tiada kod objek disimpan dan kemudian melaksanakannya dengan segera, baris demi baris

Compiler- iaitu program komputer yang menterjemah bahasa aras tinggi kepada bahasa mesin.
pengkompil menterjemahkan keseluruhan kenyataan pengaturcaraan program ke dalam bahasa mesin, menyimpan sebagai fail kod objek dan kemudian dilaksanakan.

ELEMEN ASAS PENGATURCARAAN

1. Constant / pemalar
2. variable / pemboleh ubah

constant atau pemalar menyimpan nilai tetap
Variable nilainya tidak tetap dan boleh berubah

contoh :
const pai=22/7
const gaji=2000

cth:

lblPapar.Caption= gaji * 2

dalam aturcara ini gaji telah diistihar sebagai pemalar yang menyimpan nilai 2000. jadi sepanjang aturcara nilai 2000 ini akan digunakan. Hasilnya gaji * 2 adalah 4000. Gaji *3 adalah 6000.


Variable atau pemboleh ubah:

cth:
Dim nama As String
Dim Mark As Integer
Dim Total As Integer

Pengguna bebas memasukkan sebarang text untuk nama. Ali ke..Ahmad ke..Abu ke..
Markah barangkali 20,30,40,50

cth :

if markah <50 print " Anda Gagal". Jadi pengguna bebas memasukkan sebarang nombor. 20 gagal,30 gagal, 45 pun gagal juga.

JENIS DATA

1. Integer (nombor) - iaitu semua nombor tidak termasuk nombor pecahan /perpuluhan.
contoh nombor 1,2,3, -7,-4,1000,2000

2. Double - semua nombor termasuk yang ada pecahan atau titik perpuluhan.
contohnya nombor 1,2,3, 1000, 4.5, 78.9, 55.88

3. String - data dalam bentuk teks. contohnya nama pengguna,alamat

4. Boolean - data dalam bentuk pilihan logik bernilai TRUE or FALSE
contohnya

if gaji>2000 then msgbox ("Anda dikenakan cukai pendapatan")
else (" Anda tidak dikenakan cukai pendapatan")

5. Date - data dalam bentuk tarikh dan masa

OPERATOR

Operator matematik

+ bermaksud tambah
- bermaksud tolak
* bermaksud darab
/ bermaksud bahagi

cth penggunaan :

dim gaji,komisyen AS double
dim answer As double
answer= gaji + komisyen

Operator Logik /logical operator

AND
OR
NOT

OPERATOR PERBANDINGAN / comparison operator

> lebih besar
< kurang daripada
= sama dengan
<> Not atau tak sama
<= kurang daripada or sama dengan

STRUKTUR KAWALAN DALAM PENGATURCARAAN

Ada dua struktur kawalan dalam pengaturcaraan komputer iaitu

1. Struktur kawalan berjujukan - sequence control structure
2. Struktur kawalan pilihan - selection control structure

Struktur kawalan berjujukan:
- laksanakan arahan satu demi satu
-tidak guna simbol membuat keputusan atau bersyarat

contohnya:

Dim no 1 no 2 As Single
Dim Answer As Single
Answer = no 1 + no 2
lblPapar.Caption=Answer

melalui pseudokod lebihkurang begini
1. MULA
2. INPUT - masukkan nombor pertama dan nombor kedua
3. PROSES - kira hasil tambah nombor pertama dan nombor kedua
4. OUTPUT - print atau papar hasil tambah nombor pertama dengan nombor kedua
5. TAMAT

Struktur kawalan pilihan:

melaksanakan arahan berdasarkan situasi atau syarat yang diberikan.
contoh:

Dim gaji as single
If gaji > 2000 then
msgbox("jangan nak lari daripada cukai! ")
else
msgbox(" ok...boleh belanja lebih sebab tak payah cukai...")
End if

Diterjemahkan dalam pseudokod lebihkurang begini:

1. MULA
2. INPUT- masukkan jumlah gaji
3. PROSES - Lihat syarat - adakah gaji lebih atau kurang daripada Rm2000
4. OUTPUT- papar keputusan. Jika gaji lebih daripada RM2000, papar "Kena Cukai" Jika gaji bawah RM2000 papar " Tidak kena cukai"
5. TAMAT

CARTA ALIR - FLOWCHART

Ada lima simbol digunakan dalam flowchat atau carta alir

1. Simbol bulat bujur untuk BEGIN atau MULA
2. Simbol anak panah untuk menunjukkan sambungan -arah perjalanan program
3. Simbol segiempat sendeng - untuk input atau output
4. Simbol segiempat tepat - untuk proses
5. Simbol segiempat diamond - untuk syarat If,Then,Else

(simbol sebenar akan dimasukkan kemudian)

FASA DALAM PENGATURCARAAN KOMPUTER

Ada 5 fasa dalam pengaturcaraan komputer

1. Fasa analisis - menentukan apakah input,proses dan output aturcara

2. Fasa rekabentuk - menentukan struktur kawalan, membuat carta alir,pseudokod, menentukan antaramuka input dan output

3. Coding/ Pengekodan - mula menulis aturcara menggunakan bahasa pengaturcaraan komputer contohnya membangunkan aturcara menggunakan bahasa pengtaurcraan seperti C,C++,C#, JAVA atau VISUAL BASIC

4. Testing dan debugging -(Ujian dan Menyahpijat- melaksanakan atau run aturcara yang telah dibuat untuk memastikan boleh berfungsi dengan betul. Jika ada ralat atau big error, ralat tersebut perlu diperbetulkan.

5. Dokumentasi - membuat manual dalam bentuk dokumen untuk rujukan pada masa akan datang bagi tujuan pengemaskinian.

RALAT DALAM ATURCARA

Semasa fasa testing and debugging, pembangun akan menguji program yang telah dibangunkan. Kadangkala berlaku ralat di mana program sangkut atau jika boleh dijalankan memberi keputusan yang salah.

1. Ralat arahan / syntac error


contoh kesalahan tersislap menaip kata simpanan. seperti menaip arahan Dim menjadi Diim atau Deem, jenis data double tersalah eja menjadi dable. Ralat sintaks, awal-awal lagi program akan sangkut atau tidak dapat dijalankan.

2. Ralat logik / logik error

contoh ralat logik seperti kesalahan pengiraan dalam operasi matematik. Katakan aturcara meminta mencari purata lima nombor ,  2,4,2,4,4. apabila aturcara dilaksanakan jawapan sepatutnya memaparkan 3.2 . Katakan juruaturcara tersilap mendarabkan jumlah nombor ini kepada 5, output aturcara adalah 80. Jika program memaparkan jawapan 80, inilah dikatakan ralat logik. Program boleh dilaksanakan tetapi jawapannya salah.

Monday 16 September 2013

network internet.


Cara menghubungkan berbagai komputer dalam sebuah jaringan (topologi) dengan memakai concentrator ini sering disebut dengan topologi bintang (star topology).

Topologi Jaringan
Topologi jaringan adalah, hal yang menjelaskan hubungan geometris antara unsur-unsur dasar penyusun jaringan yaitu node, link dan station. Topologi jaringan dapat dibagi menjadi dua macam, yaitu : topologi fisik (phisycal topology) dan topologi logika (logical topology).
Physical topology adalah bagaimana kabel digelar sedangkan logical topology adalah bagaimana jaringan bekerja pada ‘physical wiring’. Harus diingat bahwa representasi secara logika dari suatu topologi bisa sangat berbeda dengan implementasi secara fisiknya (physical implementation). Sebagai contoh semua node dalam suatu token ring, secara logika dihubungkan secara ring. Akan tetapi secara fisik setiap node dihubungkan (attached) ke ‘central hub’, seperti topologi star.
Ada berbagai macam topologi jaringan diantaranya adalah topologi Bus, Ring (cincin), dan Star (Bintang). Kesemuanya mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing, namun diantara topologi jaringan itu yang paling populer digunakan adalah topologi Star.

Topologi Bintang (Star)
Pada umumnya topologi LAN yang digunakan dan terpasang di instansi-instansi adalah topologi star (bintang). Bentuk umum dari topologi star ini adalah sebagai berikut.
Semua komputer yang terhubung ke jaringan akan dikoneksikan ke suatu terminal pusat atau konsentrator yang juga disebut dengan Hub atau Switch. Hub/switch ini bertindak sebagai pengatur dan pengendali semua komunikasi data yang terjadi. Pengiriman data dari satu terminal (komputer) ke terminal lain yang tergabung dalam jaringan melalui terminal pusat. Terminal pusat ini akan menyediakan jalur komunikasi khusus pada dua terminal yang akan berkomunikasi.
Keuntungan :
keterandalan terbesar diantara topologi-topologi jaringan yang lain
relatif mudah dikembangkan, meskipun harus menarik kabel LAN dari terminal baru ke Hub/Switch
kemudahan untuk akses ke jaringan LAN lain
keamanan data tinggi.
Kerugian:
Lalu lintas data yang padat dapat menyebabkan jaringan lambat. Jaringan sangat bergantung pada Hub/Switch yang merupakan bagian paling bertanggung jawab terhadap pengaturan arah semua informasi ke terminal yang dikehendaki.
Sementara itu agar suatu node (komputer) baru dapat terhubung ke

jaringan bintang persyaratannya adalah dalam komputer tersebut harus sudah terinstall kartu antarmuka jaringan (LAN card) dengan teknologi (biasanya ethernet) dan mendukung protocol yang dipakai dalam jaringan bintang tersebut.
Pada umumnya suatu LAN dengan model topologi jaringan bintang dibangun dengan kartu jaringan berteknologi Ethernet dengan berbasis pada protocol TCP/IP. Hal ini dikarenakan protocol TCP/IP sudah menjadi “semacam” protocol resmi untuk jaringan internet, sehingga jika suatu LAN dibangun dengan berbasis pada protocol TCP/IP maka akan segera terbentuk intranet dalam LAN tersebut, dan nantinya LAN tersebut dapat dengan mudah dihubungkan dengan jaringan internet.
Oleh karena itu ada persyaratan awal yang harus dipenuhi untuk setiap sistem komputer yang akan dihubungkan ke jaringan, yaitu:
· sudah terinstall kartu antarmuka untuk jaringan (baik yang sudah on-board atau tidak)
· software driver untuk kartu jaringan tersebut sudah terinstall dan berfungsi dengan baik (working properly)
· sudah terinstal sistem operasi yang mendukung (misal: Windows 98 atau Windows Xp).

Dalam topologi bintang, media transmisi yang umum dipakai adalah kabel UTP CAT5 (kategori 5) dengan konektor tipe RJ45.

Aturan Pengkabelan

Keempat pasang kabel dalam kabel UTP tersebut, di kedua ujungnya diklem atau dipasang konektor jenis RJ45 male, yang nantinya akan dipasangkan dengan konektor RJ45 female yang ada pada hub/switch atau kartu jaringan yang ada di komputer.
Terdapat standar internasional untuk pemasangan kabel UTP dengan konektor RJ45 dalam teknologi ethernet dan PABX, yaitu : EIA/TIA-568A dan EIA/TIA-568B. Standarisasi ini berlaku untuk menyeragamkan urutan pemasangan kabel UTP pada konektor RJ45. Berikut ini urutan kabel untuk kedua standard tersebut :

Selanjutnya, berdasarkan model formasi penyambungan antar 8 sub-kabel dalam kabel UTP tersebut ada dua macam model, yakni model Straight Cable dan model Cross Cable.

a. Model Straight Cable
Dalam model penyambungan straight, dikedua ujung kabel UTP menggunakan format yang sama. Jika ujung satu menggunakan standar EIA/TIA-568A, maka ujung yang lain juga harus menggunakan


standar EIA/TIA-568A. Begitu pula jika menggunakan standar EIA/TIA-568B.
Model penyambungan ini dipakai untuk koneksi antara Client (komputer) dengan Hub/Switch. Misal sebuah koneksi minimum berdasarkan standar EIA/TIA-568B RJ45 (connector) adalah sebagai berikut.

Pair#2 dihubungkan ke pin-1 dan 2 seperti ini:
Pin-1 warna kabel : white/orange
Pin-2 warna kabel : orange

Pair#3 dihubungkan ke pin-3 dan 6 seperti ini:
Pin-3 warna kabel : white/green
Pin-6 warna kabel : green

Sebenarnya yang digunakan untuk komunikasi data pada ethernet adalah hanya pin 1,2,3 dan 6 saja, pin-pin yang lainnya adalah menganggur. Namun demikian untuk keseragamannya, maka sisa kabel dihubungkan dengan aturan sebagai berikut :
Pair#1 dihubungkan ke pin-4 dan 5 seperti ini:
Pin-4 warna kabel : blue
Pin-5 warna kabel : white/blue
Pair#4 dihubungkan ke pin-7 dan 8 seperti ini:
Pin-7 warna kabel : white/brown
Pin-8 warna kabel : brown

Dikedua ujung kabel digunakan format penyambungan yang sama seperti di atas.

b. Model Cross Cabel

Model Cross (atau ada juga yang menyebut Crossover) cable, adalah model penyambungan kabel UTP dengan susunan urutan kabel yang berbeda pada kedua ujungnya. Jika ujung satu menggunakan standar EIA/TIA-568A, maka ujung yang lain harus menggunakan standar EIA/TIA-568B atau lihat gambar 6 di bawah.
Model penyambungan ini dipakai untuk koneksi antara Hub dengan Hub, Client dengan Client, atau antara dua buah komputer langsung tanpa melewati hub/switch.